Sunday, 25 March 2012 | 09:51 | 0 Atasinchi
Idea penubuhan badan kebajikan anak-anak yatim dan anak-anak fakir miskin telah tercetus dari kesedaran Biro Kebajikan UMNO Bahagian Jasin tentang kehidupan anak-anak yatim dan anak-anak fakir miskin. Jawatankuasa sementara ini dipisahkan dari badan utama dan dijadikan sebuah badan bukan kerajaan berdaftar yang mempunyai undang-undang dan perlembagaannya sendiri.Setelah mendapat pengesahan dari pendaftar, PKAYIDJ mula beroperasi pada tahun1977 di rumah kediaman kerajaan beralamat di no.1790-2,Jalan Melaka,77000 Jasin,Melaka.Asalnya Kompleks ini didiami oleh para penghuni-penghuni lelaki sahaja.
Pada tahun 2000, YBhg.Datuk Sarip bin Hamid dan Tuan Haji Karim bin Md.Yusuf telah menerajui program kutipan derma untuk pembinaan sebuah kompleks anak yatim yang baru di Daerah Jasin.Dengan kerjasama serta sumbangan dari paradermawan,ahli-ahli korporat,badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan,pungutan derma yang melebihi RM 800 ribu telah berjaya dikutip bagi tujuan murni ini.
Pemberian tanah seluas 0.8 hektar di lot 681,Mukim Rim oleh Pejabat Daerah Jasin atas bantuan Allahyarham Datuk Dolah Atan telah membolehkan pembinaan kompleks anak-anak yatim yang baru . Kini PKAYIDJ memiliki bangunan sendiri beralamat di Bandar Baru Jasin Fasa III , Jalan Rim, 77000 Jasin,Melaka yang diduduki semenjak 16 Jun 2001. Kompleks yang boleh menempatkan 50 orang penghuni ini mempunyai dua unit asrama (lelaki dan perempuan), pejabat pentadbiran , sebuah dewan makan , sebuah dewan serbaguna , sebuah bilik bacaan , dua bilik mesyuarat , rumah penyelia , dapur, sebuah surau dan kawasan riadah.Kedudukan Kompleks PKAYIDJ agak strategik kerana terletak di pinggir pusat Bandar Jasin bertentangan dengan Terminal Bas Jasin dan bersebelahan dengan Perpustakaan Awam Jasin.
_______________________________________________________________
thankz 4 reading !!! anakyatim_jasin (^.^)y
_______________________________________________________________
Labels: Latar Belakang Anakyatimjasin